Monday, December 10, 2012

Saya Tak Pernah Menjalani Sebarang Pembedahan Wajah - Rozita Che Wan


Pelakon wanita yang cantik, Rozita Che Wan menafikan dia menjalani sebarang pembedahan tubuh atau wajah kerana ingin tampil cantik.


Pelakon yang mesra dipanggil Che Ta itu memaklumkan pandangan masyarakat terhadap bentuk tubuhnya sekarang ini adalah yang sebenar dan tidak melibatkan sebarang pembedahan plastik.

Cerita itu dikukuhkan lagi apabila Che Ta dikhabarkan pernah menjalani pembedahan pada tahun 2008.

Dek kerana tubuhnya yang kekal langsing dan menawan, timbul juga spekulasi mengatakan Che Ta sanggup memakai korset sebanyak dua lapis hanya kerana ingin menampilkan pinggangnya dan dada yang menggiurkan.

“Saya tak pernah menjalani pembedahan untuk kecantikan tubuh mahupun wajah.

“Pada waktu sama, saya tak pernah memakai korset dua lapis. Apa yang peminat tengok, itulah keadaan tubuh saya,” kata Che Ta yang dipetik dari myMetro Ahad.

Kata Che Ta, dia pelik kerana individu yang suka menabur cerita buruk tentang dirinya tidak boleh menerima ciptaan dan ketentuan yang Tuhan berikan kepada manusia lain.

Dia beranggapan manusia seperti itu tidak pernah bersyukur dengan kurniaan rezeki dan nikmat dari Tuhan.

“Saya mahu tanya kembali kepada mereka yang menimbulkan spekulasi sedemikian, kenapa manusia tidak boleh terima anugerah dan kejadian Tuhan yang sempurna.

“Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan, tapi mempertikaikan ciptaan Tuhan bermakna mereka tak pernah bersyukur,” katanya.

Bagi Che Ta, kecantikan yang ada pada tubuhnya adalah hasil dari usahanya sendiri yang gemar menjaga penampilan diri dan melakukan senaman.

Justeru, dia mementingkan usaha yang kuat dalam mendapatkan kecantikan luar dan dalaman badan.

“Badan saya kalau berisi sikit, saya tak akan makan banyak selain melakukan senaman sekerap mungkin.

“Bagi menjaga tubuh, kita kena berusaha. Apatah lagi kebaikannya untuk diri kita sendiri kerana apabila kerap bersenam, tubuh menjadi sihat dan secara tak langsung akan menyerlahkan kejelitaan wajah,” beritahu Che Ta.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon