Wednesday, December 05, 2012

Saya Bukan Diktator - Lionel Messi


Lionel Messi berkata dia bukan seorang diktator dan percaya adalah mengarut jika mengandaikan bahawa Barcelona hanya bergantung semata-mata kepadanya.


Dalam wawancara bersama majalah Belanda, ELF Voetball, Messi bercakap mengenai dakwaan bahawa pasukan itu hanya bergantung kepadanya.

Penjaring prolifik itu hanya kurang satu gol untuk memecahkan rekod Gerd Muller bagi jaringan terbanyak sepanjang tahun.

“Saya bukan seorang yang bersikap diktator. Saya tidak peduli apa yang diperkatakan orang lain. Rakan sepasukan tahu saya bukan seperti itu. Mereka tahu benar saya ini bagaimana orangnya,” kata Messi.

Komennya hadir seminggu selepas pengurus Arsenal, Arsene Wenger berkata bahawa pasukan Barcelona ketika ini yang dianggap sebagai pasukan terhebat dalam sejarah hanyalah pasukan biasa tanpa ayam tambatan dari Argentina itu.

“Di Barcelona, cara kami bekerja berbeza dengan pasukan lain. Saya datang dari Argentina di mana saya lakukan apa yang saya suka, saya banyak berlari dan bergerak. Di sini saya benar-benar bermain sebagai satu pasukan.”

Menurutnya, dia tidak melayan sebarang pujian yang ditujukan terhadapnya.

“Saya bersyukur dengan segala-galanya dan menghargainya tetapi saya adalah pengkritik paling hebat.

“Saya tahu bila masanya saya tidak bermain dengan baik dan bila saya membuat silap. Saya tidak perlukan sesiapa untuk memberitahu saya apa-apa tetapi saya belajar daripada apa yang dikatakan dan ia banyak membantu saya memperbaiki diri.”

Ditanya apa yang tersilap musim lalu, dia sendiri pun tidak mengetahuinya.

“Saya tidak tahu apa yang tidak kena musim lalu tetapi kami akan pastikan ia tidak akan berulang lagi dan kami berharap dapat mencapai lebih banyak lagi.”

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon