Wednesday, December 05, 2012

Satu Lagi Pesawat Drone AS di Tawan Iran


Pengawal Revolusi Iran semalam mendakwa berjaya `menawan’ sebuah pesawat tanpa juruterbang drone milik Amerika Syarikat (AS) di perairan Teluk Parsi selepas ia memasuki ruang udara Iran dipercayai dalam misi mengumpul maklumat perisikan.


Bagaimanapun Armada Kelima AS yang berpangkalan di Teluk segera menafikan dakwaan itu dan menyatakan mereka tidak kehilangan mana-mana pesawat drone di rantau berkenaan.

Cawangan tentera laut Pengawal Revolusi Iran dalam kenyataan dalam laman web rasminya berkata, pesawat drone AS yang melakukan rondaan di perairan Teluk Parsi ditawan ketika memasuki ruang udara negara ini.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon