Saturday, December 22, 2012

Satu Bilion Tontonan Gangnam Style Di YouTube


Gangnam Style muncul video pertama mencatatkan lebih satu bilion tontonan di YouTube.


Trek tarian dari Korea Selatan itu disiarkan dalam talian pada Julai lalu telah membawa kemasyhuran kepada bintang pop, Psy di seluruh dunia.

(Baca ini juga: Kiamat Berlaku Jika Gangnam Style Cecah Satu Bilion Penonton!)

Malahan, klip video itu telah memberi inspirasi kepada ratusan klip parodi bermula daripada anggota tentera British, tentera laut Thailand hinggalah kepada pemain Minecraft.

Pemilik YouTube dan Google berkata, secara purata video tersebut telah ditonton tujuh hingga 10 juta kali sehari.

Ia mendahului pemegang rekod sebelumnya – muzik video Baby Justin Bieber yang dimuatnaik pada 24 November tahun sebelumnya.

“Kejayaan Psy membuktikan bahawa muziknya yang menarik mampu menarik perhatian masyarakat sejagat dan unik termasuk aksi pergerakan tarian kuda,” kata Pengurus Trend YouTube, Kevin Allocca yang dipetik dari blog media berkenaan.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon