Monday, December 10, 2012

Sammy Davis Jr Mati Dalam Kemiskinan


Pada zaman kegemilangannya, Sammy Davis Jr. ialah seorang penghibur yang sangat terkenal. Dia ialah seorang aktor filem dan juga Broadway terkenal sebagai seorang penari dan penyanyi berkebolehan yang telah berjaya mengelakkan status warna kulit untuk kejayaannya.


Walaupun pendapatan sepanjang kerjayanya dianggarkan mencecah USD50 juta namun pada masa kematiannya akibat penyakit kanser tekak pada tahun 1990, apa yang dimilikinya ialah hutang berjumlah USD15 juta.

Semua itu dikatakan berpunca kerana popularitinya yang jatuh menjelang penghujung tahun 1960an dan juga kerana`dia sendiri sering menghabiskan wangnya untuk membeli bahan-bahan terlarang.

Walaupun dari luar nampak seperti dia sangat mewah tapi sebaliknya apa yang dimilikinya telah dibelanjakan dengan cepat dan mewah menyebabkan tiada apa yang tinggal di penghujung hayatnya.

-Sentiasapanas.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon