Wednesday, December 05, 2012

Putera William dan Isteri Bakal Timang Anak Kembar


Putera William dan isterinya, Catherine, bakal menimang cahaya mata, sekali gus melanjutkan senarai pewaris takhta dalam sistem monarki Britain.


Pengumuman rasmi mengenai kehamilan Catherine lebih dikenali sebagai Kate itu dibuat pejabat William semalam.

“Duke dan Duchess of Cambridge (gelaran untuk William dan Catherine) berbesar hati mengumumkan bahawa Duchess of Cambridge kini hamil,” katanya.

Kenyataan itu juga menyebut, Ratu Elizabeth dan keluarga diraja begitu gembira dengan kehamilan berkenaan.

Sementara itu, laporan mendakwa, Kate kini dirawat di hospital kerana menghadapi masalah muntah-muntah dan loya akut.

Gejala itu kadang-kadang membayangkan seseorang wanita mengandung anak kembar. William dan Kate berkahwin pada April tahun lalu dan sebahagian majalah gosip di Amerika Syarikat (AS) melaporkan, pasangan terbabit mungkin hamil ketika itu.

Penulis biografi Kate, Claudia Joseph, berkata sebenarnya pengesahan kehamilan itu memang ditunggu-tunggu ramai.

“Ia hanya menunggu masa untuk diumumkan,” katanya. Sementara itu, jurucakap pasangan terbabit berkata, Kate berehat di Hospital King Edward VII di tengah London kerana mengalami Hyperemesis Gravidaru yang menyebabkan dia mengalami masalah muntah-muntah yang kronik.

Gejala itu juga memaksa Kate mengambil ubat serta khasiat tambahan.

Laman sesawang Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain menyatakan, keadaan seperti dialami Kate itu memang lazim dialami seseorang wanita di peringkat awal kehamilan.

Bagaimanapun, kata laman sesawang itu, ia tidak membahayakan kandungan.

Perunding sakit puan di Universiti Bristol. Prof Tim Draycott, berkata keadaan dialami itu mungkin menandakan pasangan William dan Kate bakal menimang anak kembar. “Hyperemesis lebih sering dialami ibu yang mengandung anak kembar,” katanya.

-Reuters

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon