Monday, December 10, 2012

Psy Pernah Buat Persembahan Anti-Amerika


Penyanyi megastar Korea Selatan, Psy (gambar) yang terkenal dengan lagu hit “Gangnam Style” semalam meminta maaf kerana membuat persembahan antiAmerika sedekad lalu, menjelang persembahannya sempena perayaan Krismas yang akan dihadiri Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.


Pada 2002, Psy mengecam kereta kebal AS sebagai tanda protes terhadap kehadiran tentera negara itu di Korea Selatan dan kematian dua remaja Korea Selatan yang dirempuh oleh kenderaan dipandu seorang anggota tentera AS.

Dua tahun kemudian, dia menyanyikan sebuah lagu dengan lirik berbaur kontroversi apabila menulis, “pembunuhan oleh Yankee yang menyeksa tawanan Iraq...membunuh anak perempuan, ibu, menantu dan bapa mereka...membunuh mereka secara perlahan-lahan melalui penyeksaan”.

Menurutnya, lirik lagu itu adalah sebahagian “reaksi emosi paling dalam” terhadap perang di Iraq dan kematian dua pelajar sekolah yang menjadi “sebahagian sentimen antiperang yang dikongsi bersama orang lain di seluruh dunia.”

Psy mengeluarkan kenyataan minta maaf itu selepas laporan mengenai pembabitannya dalam dua persembahan yang menyelar tentera AS pada 2004 itu disiarkan media negara terbabit.

-AFP/Reuters

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon