Thursday, December 06, 2012

Pramugari Anti-Thaksin Kena Pecat!


Seorang pramugari Cathay Pacific diberhentikan kerja selepas mendedahkan hasratnya mencurah kopi ke muka Paetongtarn Shinawatra, anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin.


Cathay Pacific menyatakan kelmarin bahawa atendan penerbangan terbabit bukan lagi menjadi pekerjanya.

Dia hanya dikenali dengan nama Honey Lochanachai di laman Facebook. Pramugari itu juga menyatakan dalam Facebook bahawa dia meletak jawatan bagi memikul tanggungjawab atas perkara itu.

Dia menggemparkan pengguna siber Thai minggu lalu selepas mendedahkan niatnya di Facebook selain menyiarkan gambar tempat duduk Paetongtarn dalam penerbangan dari Bangkok ke Hong Kong pada 25 November lalu.

Dia juga mendedahkan langkahnya menghubungi penasihat peribadi untuk bertanya jika boleh mencurah sesuatu terhadap Paetongtarn ketika penerbangan itu.

Paetongtarn, saya tidak curah kopi ke mukanya hari ini tetapi saya akan terus berjuang hingga keluarganya tidak lagi bebas pergi ke mana-mana di Thailand, katanya.

Thaksin digulingkan tentera dalam rampasan kuasa pada 2006 dan tinggal dalam buangan di luar negara selepas dituduh terbabit dalam rasuah pada 2008.

Kali terakhir kisah Paetongtarn mendapat tumpuan ialah ketika bapanya masih Perdana Menteri pada 2004.

–Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon