Tuesday, December 04, 2012

PR Tawar Hadiah Misteri Jika Menang Di Pahang


Pakatan Rakyat (PR) akan mengumumkan empat tawaran istimewa kepada rakyat negeri Pahang sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 9 Disember ini.

Dr Hamzah (tengah) bersama Pakatan Rakyat Pahang semasa 
sidang media yang diadakan di Markas Pas, Kerdau, Temerloh.

Menurutnya, satu pengumuman akan dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan mengumumkan tawaran kerajaan Pusat untuk rakyat negeri ini jika Pakatan Rakyat memerintah.

“Tiga pengumuman lagi akan diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, satu oleh Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan satu lagi oleh Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah yang mana mereka akan mengumumkan tawaran Kerajaan Negeri kepada rakyat negeri ini jika Pakatan Rakyat memerintah Pahang.

“Pengisytiharan ini adalah suatu yang amat istimewa untuk rakyat Pahang kerana ia berkait rapat dengan keperluan dan tuntutan hidup mereka selama ini,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Markas Pas, Kerdau, dekat sini.

Ditanya sekiranya Pakatan Rakyat tidak menang dalam PRU nanti dan tidak berjaya menawan Pahang adakah tawaran itu akan diteruskan atau tidak Dr Hamzah berkata ia akan diteruskan.

Menurutnya, jika Pakatan Rakyat tidak dapat menawan kerajaan Pusat atau Pahang tawaran tersebut akan terus disuarakan sama ada di Parlimen atau Dewan Rakyat.

“Tawaran ini juga adalah untuk menarik perhatian pengundi supaya memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah Pusat dan negeri serta mengotakan apa yang dijanjikan,” katanya.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon