Sunday, December 09, 2012

Perbuatan DJ Australia Sangat Menyedihkan Dan Satu Penipuan Kejam


Hospital, jururawat Jacintha Saldanha dilaporkan membunuh diri susulan kes panggilan palsu menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles, membantah tindakan dua DJ stesen radio 2Day FM, yang beroperasi di Australia.

Pembunuh Kejam?

Pengerusi Hospital King Edward VII, Lord Glenarthur telah menulis kepada Southern Cross Astereo sehari selepas Saldanha dilaporkan meninggal dunia.

Glenarthur berkata, perbuatan dua DJ stesen radio berkenaan merupakan satu tindakan buruk dan tragis yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Rangkaian radio itu kini digantung dari mengeluarkan iklan sehingga esok.

“Hospital King Edward VII sentiasa mengambil berat tahap kesihatan pesakit kami, ia merupakan tindakan paling bodoh oleh penyampai radio anda berbohong mengenai pesakit kami apatah lagi menggunakan telefon,” tulis Glenarthur kepada Pengerusi Southern Cross Austereo, Max Moore-Wilson.

“Bukan itu saja, panggilan yang direkodkan itu dan kemudian diluluskan pihak pengurusan merupakan tindakan paling bodoh,” katanya.

Beliau menambah, “tindakan yang dirancang ini juga merupakan satu penghinaan kepada jururawat kami yang penyayang dan berdedikasi dalam menjalankan tugas mereka dalam merawat pesakit."

Ketua Eksekutif Kolej Diraja Kejururawatan, Dr Peter Carter pula berkata, perkara ini merupakan satu kesilapan manusia yang sangat menyedihkan dan satu penipuan kejam sehingga membawa kepada kematian seorang jururawat yang berdedikasi dan penyayang dalam profesion.

Sebaliknya, bercakap pada sidang media semalam, Ketua Eksekutif stesen radio Sydney 2Day FM, Rhys Holleran yakin mereka tidak melanggar mana-mana undang-undang dengan membuat panggilan dan menyamar sebagai kerabat diraja.

Kedua-dua penyampai radio itu membuat panggilan palsu awal pagi Selasa lalu dan kemudian dinilai terlebih dahulu oleh peguam stesen radio berkenaan sebelum disiarkan ke udara.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon