Tuesday, December 11, 2012

Penjara Norway Yang Sangat Mewah Macam Hotel


Penjara yang terletak di Halden, Norway ini merupakan penjara paling cantik dan termoden di Eropah atau mungkin di dunia!


Ia menempatkan kira-kira 125 banduan dengan menelan kos belanja sehingga $230 juta.

Tujuan penjara ini ditubuhkan bukan semata-mata ingin menjatuhkan hukuman kepada pesalah.

Sebaliknya ia lebih kepada tujuan untuk mengajar banduan menjadi manusia lebih baik apabila keluar nanti.

Penjara ini dilengkapi dengan bilik air, peti sejuk, televisyen flat screen dan tingkap yang tidak dipasang jeriji.

Persekitarannya pula ditanam dengan pelbagai pokok supaya dapat mengurangkan perasaan banduan yang asyik dikurung.

Malah aktiviti seperti bercucuk tanam, membela ternakan dan memotong rumput dengan menggunakan alatan tajam seperti pisau dibenarkan.

Pengawal keselamatannya tidak membawa sebarang pistol sebaliknya mengamalkan satu sistem kepercayaan yang dibentuk dalam komuniti.

Walaupun ia memperlihatkan seperti pesalah menjalani kehidupan lebih baik apabila berada dalam penjara berbanding di luar, namun anda harus tahu yang cara begini amat berkesan.

Statistik menunjukkan yang hanya 20 peratus banduan yang keluar akan melakukan jenayah semula.

Manakala 80 peratus lagi akan menjalani kehidupan normal dan menjadi manusia berguna.

Berbanding di UK dan US, kira-kira 50 peratus banduan akan melakukan kegiatan jahat mereka kembali.

Malah, Norway juga mencatatkan kadar jenayah antara yang terendah di seluruh dunia.

Lihat saja gambar dibawah ini...


-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon