Saturday, December 22, 2012

Pendedahan Sejuta Dokumen Tahun Depan Bakal Jejas Setiap Negara - WikiLeaks


WikiLeaks yang mengejutkan dunia dua tahun lalu dengan mendedahkan dokumen-dokumen rahsia melibatkan hubungan diplomatik dan politik sedang membuat persediaan untuk mengeluarkan sejuta dokumen tahun depan.


Bagaimanapun Pengasasnya, Julian Assange tidak memberi butiran berkenaan dengan kandungan dokumen-dokumen yang akan dikeluarkan kelak.

Pun begitu, Assange berkata, kandungannya akan menjejaskan setiap negara di dunia ini.

Beliau membuat pengumuman dari balkoni Kedutaan Ecuador di sini. Assange berada di kedutaan itu sejak enam bulan lalu.

Pihak berkuasa Britain memberi amaran akan menangkap beliau jika keluar dari kedutaan itu.

"Saya datang ke sini pada musim panas. Sekarang musim sejuk," kata Assange sambil menambah, beliau tidak boleh meninggalkan premis itu selagi disiasat oleh pihak berkuasa.

Assange mendapat perlindungan di Kedutaan Ecuador pada Jun lalu bagi mengelak daripada diekstradisi ke Sweden.

-Sinar Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon