Monday, December 03, 2012

Pemilik Laman Web Lucah Iran Terima Hukuman Mati


Mahkamah Iran menangguhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang didapati bersalah mengendalikan laman web lucah, selepas dia mengaku menyesal atas perbuatannya itu.


Saeed Malekpour, seorang rakyat Iran yang menetap di Kanada, ditangkap pada 2008 selepas dia melawat saudara-maranya di Iran.

Bagaimanapun pertubuhan hak asasi manusia, Amesty memaklumkan bahawa bahan lucah itu telah dimuat naik ke dalam program yang dicipta oleh Saeed tanpa pengetahuannya.

Dalam pada itu, peguam Saeed, Mahmoud Alizadeh Tabatabaei memberitahu agensi berita Mehr bahawa anak guamnya itu menyesal atas perbuatannya selepas mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

“Selepas hukuman dijatuhkan, anak guam saya mengaku salah. Dengan penyesalan itu, hukuman mati telah ditangguhkan,’ kata peguam berkenaan.

Perbuatan Saeed itu turut didakwa menghina Islam.

Setakat ini tiada pengesahan daripada kerajaan Iran berhubung perkara ini manakala kerajaan Kanada pula melahirkan bantahan terhadap keputusan kes ini.

Kanada menyifatkan Tehran gagal mengendalikan kes Saeed dengan telus dan adil.

Sementara ketua polisi Kesatuan Eropah,Catherine Ashton pula mendesak agar kerajaan Iran mengkaji semula kes ini dan menangguhkan hukuman ke atas Saeed.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon