Friday, December 21, 2012

Pelakon Twilight Di Tangkap Polis


Jika disebut nama Bronson Pelletier, pasti ada yang tidak mengenali dirinya. Namun, apabila dia dikaitkan dengan siri filem pecah panggung, Twilight, mungkin ada yang mengingati kelibat aktor kacak ini dalam naskhah lakonan utama Kristen Stewart, Robert Pattinson dan Taylor Lautner itu.

Kes dadah Bronson Pelletier bakal dibicarakan 
di mahkamah menjelang 17 Januari tahun depan.

Pelletier yang melakonkan karakter manusia serigala yang juga rakan kepada watak Jacob Black lakonan Lautner itu dilaporkan telah ditahan polis baru-baru ini. Ia ekoran insiden aktor itu didapati membawa ubat-ubatan terlarang di West Hollywood, California, Los Angeles.

Menurut laporan TMZ.com, pemuda berusia 25 tahun itu ditangkap ketika ingin menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles.

Pihak polis terpaksa menahan Bronson yang dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan sehingga siasatan terperinci dilakukan terhadapnya.

Ujar sumber: “Ternyata Bronson Pelletier ketika itu berada di bawah pengaruh dadah. Selain melawan pihak polis, dia juga sempat membuang air kecil di pagar lapangan terbang tersebut.”

Tambah laporan tersebut, Bronson ketika ini masih dalam tahanan polis kerana dia memang terbukti bersalah. Kes tersebut bagaimanapun hanya akan dibicarakan pada 17 Januari tahun depan.

-Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon