Monday, December 24, 2012

Pelajar Di Campak Dari Bas Selepas Di Rogol Selama Sejam!


Polis India menggunakan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan beribu-ribu penunjuk perasaan yang berarak memprotes kejadian merogol seorang pelajar wanita dalam bas awal minggu ini.


Beribu-ribu penunjuk perasaan terdiri daripada pelajar kolej berarak menuju istana presiden dan keganasan mula tercetus sehingga mereka merempuh sekatan yang dibuat pihak polis.

Pelajar wanita itu masih kritikal dirawat di hospital.

Kerajaan India cuba mengawal kemarahan rakyat dengan mengumumkan siri langkah berjaga-jaga supaya kaum wanita berasa selamat.

Ini termasuk rondaan pihak polis pada waktu malam, pemeriksaan terhadap pemandu bas dan mengharamkan bas memasang langsir dan cermin gelap.

Tetapi penunjuk perasaan berdegil dan mengatakan langkah itu tidak cukup dan mendesak supaya hukuman mati dikenakan ke atas pesalah.

Menteri Dalam Negeri, RPN Singh merayu penunjuk perasaan supaya bertenang.

“Ini bukan cara untuk membantah. Melanggar penghadang polis bukan cara untuk memulakan dialog,” katanya semalam.

Polis berkata gadis malang itu dirogol selama sejam sebelum dicampak ke tepi jalan bersama teman lelakinya yang turut cedera dipukul geng yang merogol mangsa.

-Sinar Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon