Saturday, December 08, 2012

PAS Perlu Hormati Kebebasan Beragama - Lim Guan Eng


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan segera isu penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu mengeluarkan saman bagi tingkah laku tidak senonoh keatas empat orang bukan Islam baru-baru ini.


Beliau berkata, kegagalan kerajaan PAS Kelantan menyelesaikan isu itu boleh menjejaskan mesej pakatan pembangkang dalam menghormati kebebasan beragama di negara ini selain berupaya merosakkan kerjasama yang wujud dalam pakatan pembangkang.

“DAP mengambil berat laporan empat individu bukan Islam di Kota Bharu di saman pegawai penguatkuasa perbandaran bagi kelakuan sumbang.

“Walaupun saman untuk “kelakuan sumbang”, tetapi musuh politik telah `menggunakan’ ia sebagai kes khalwat yang cuba mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Islam. Ini boleh melemahkan mesej pakatan pembangkang dalam menghormati kebebasan agama dan kerosakan kerjasama sedia ada dalam pakatan pembangkang,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng seterusnya mendakwa, beliau telah menyatakan kebimbangan DAP mengenai isu berkenaan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang berjanji untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Saya memberitahu beliau (Mustafa) tentang keperluan untuk melihat perkara ini secara serius untuk memastikan hubungan yang kukuh dalam pakatan pembangkang.

“Sya juga telah mengarahkan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong untuk berkomunikasi dengan kepimpinan PAS mengenai isu berkaitan dakwaan orang bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Islam,” dakwanya lagi.

Media hari ini melaporkan dua pasangan kekasih bukan Islam ditangkap khalwat oleh pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Ketua Pemuda MCA Negeri, Gan Han Chuan dipetik berkata, kes itu pertama kali berlaku dimana pasangan bukan Islam dikenakan tindakan yang sepatutnya dikhususkan kepada orang Islam.

Beliau juga mendakwa pegawai penguatkuasa berkenaan hilang kewarasan dan cuba melaksanakan undang-undang hudud ke atas bukan Islam.

“Ini adalah pertama dalam sejarah di mana orang bukan Islam telah disaman kerana berkhalwat. Ia adalah luar biasa! Apa yang mereka lakukan dengan undang-undang mereka kini menjejaskan kehidupan walaupun orang bukan Islam,” kata Gan seperti dilaporkan.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon