Friday, December 07, 2012

PAS Ketuai Negara Bukan Anwar Jika PR Perintah


Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman meramalkan akan berlaku pertelingkahan besar mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Satim bersama peserta dan penganjur 
program khatan di Kampung Tengah di sini.

Menurutnya, ia berikutan belum pun memenangi PRU, sudah timbul pelbagai cerita panas berhubung calon Perdana Menteri dari barisan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, dalam isu Perdana Menteri PR, DAP nampak lebih dominan dan dilihat memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sedangkan pada hakikatnya, jika PR diberi mandat sepatutnya Pas akan mengetuai negara dan bukannya Anwar," katanya selepas majlis menepung tawar 19 peserta khatan di Majlis Khatan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Batu 13, Puchong, di sini.

Beliau yang juga Adun Seri Serdang berkata, jika PR menang di peringkat persekutuan, calon DAP yang paling ramai akan menjadi Ahli Parlimen dan disebabkan itu parti terbabit dilihat lebih dominan.

"Apabila dominan wakil mereka akan berani mempertikaikan itu ini dan contoh paling jelas dapat dilihat dengan tindakan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mempertikaikan hal enakmen Kerajaan Kelantan mengenai Majlis Perbandaran Kota Bahru.

“Karpal Singh mempersoalkan mengapa terdapat larangan orang lelaki bukan Islam mengunjungi kedai rambut dikendalikan oleh wanita di negeri itu. Mengapa dan siapa dia (Karpal) yang boleh mempertikaikan perkara berkenaan, sebab itu saya katakan apabila dominan mereka boleh memperalatkan Anwar untuk memberi sokongan.

Satim berkata, Anwar pasti akan meminta DAP supaya menyokong beliau kerana walaupun parti itu lebih ramai Ahli Parlimen kerana perlembagaan negara menetapkan hanya orang Islam yang layak dilantik menjadi Perdana Menteri.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon