Thursday, December 13, 2012

Panas! Zed Zaidi 'Cakar' Julia Perez Di Twitter


Selepas kecoh dengan kenyataan beraninya mengatakan drama atau cerita-cerita di Malaysia tidak sehebat di Indonesia, Julia Perez nampaknya telah ‘diserang’ oleh Pengerusi Seniman, Zed Zaidi.


Semalam, Zed Zaidi telah membalas kenyataan Julia itu di laman Twitter.

Zed Zaidi ternyata berang dengan kenyataan lancang dari Julia sendiri. Zed Zaidi memberitahu akan membangkitkan isu permit kerja Julia ke peringkat atasan.

Kata Zed Zaidi, dia mahu pihak berkuasa Malaysia menyiasat sama ada Julia masuk bekerja di Malaysia menggunakan permit yang sah atau sebaliknya.

Julia yang terpukul dengan kenyataan balas dari Zed Zaidi telah membalas mengatakan Zed Zaidi adalah ‘seorang yang jahat’.

Bukan itu sahaja, Julia nampaknya cuba mempolitikkan percakaran antara dia dengan artis lelaki tersebut.

Katanya, semua ahlia politik Malaysia yang berada di Indonesia juga harus keluar dari negaranya kerana telah menghina seorang pemimpin mereka, mantan presiden BJ Habibie.

Mungkin Julia terasa marah dan ingin menunjukkan dirinya hebat, dia telah menaikkan status kehebatan dan bakat dirinya dalam filem terbaru lakonannya.

Julia turut meletakkan ‘tag’ nama Malaysia. Nampaknya, makin berlarutanlah pergaduhan ini.

Berikut adalah status twitter yang dilemparkan Julia Perez terhadap industri hiburan Malaysia dan Zed Zaidi.



- Nunggu giliran take..sambil nonton sinetron malaysia..oh my GOD..indonesia kita jauuh majuuu..kita majuu sekaliii..banga jd orang indonesia

- Woiii malaysia?? Gw mau nanya neh..kalo aye shoting film pake bikini di kolam renang dinegara you..bahaya ngak??? Ada uu tak? Jawab???

- WOI!! KAU yg BIADAB!! RT @rozaidijamil

- You sgt JAHAT!! Uknow..ingat banyak artis malaysia juga di indonesia!!

- gara2 bilang sinetron malay kurang bgs ane di haram2 ke malaysia.oksemua politikus malaysia hrs keluar dr indonesia krn menghina BJ habibie! Puas pas

- Kalian pikir dunia ini yg hebat malaysia!! Kita ngak bisa cekal kalian!! Duehhh so stupid coment!

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon