Friday, December 14, 2012

Panas! Filem Ala-ala Innocence of Muslims Pula Di Tayang!


Belgium mula meningkatkan tahap keselamatan ancaman keganasan pada paras tiga menjelang pelancaran tayangan filem anti-Islam terbaru hari ini dan dijangka mengulangi persengketaan serupa sebelum ini.


Filem berjudul The Innocent Prophet: Life of Muhammad from the Point of View of an Ex-Muslim, diarahkan oleh seorang lelaki murtad warga Pakistan, Imran Firasat dan mendapat kerjasama paderi Amerika Syarikat (AS), Terry Jones, yang terkenal dengan tindakan membakar al-Quran.

Menurut Imran, filem kedua yang mengandungi unsur-unsur menghina Nabi Muhammad SAW itu dianggap bersifat lebih provokatif.

"Jika kita ingin mengetahui kebenaran Islam, kita harus mendalami kehidupan Muhammad bagi mengenal pasti sama ada beliau Nabi sebenar atau hanya seorang pencabul kanak-kanak, pembunuh dan mengakui sendiri sebagai Nabi," kata Imran kepada Flanders News, Jumaat lalu.

Sementara itu, Jones menerusi laman web peribadi mendakwa kononnya filem yang ditayangkan di atas talian itu akan membantu dunia Barat dan umat Islam untuk lebih memahami Nabi Muhammad SAW.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon