Wednesday, December 12, 2012

Pameran Seni Lelaki Bogel Gempar Pengunjung Berbogel


Ketika satu pameran muzium di Austria, seorang lelaki mengambil konsep seni meniru dalam kehidupan secara terlampau apabila dia tiba-tiba menanggalkan pakaiannya di pameran bergambar dan ukiran yang menggambarkan lelaki bogel sepanjang zaman.


Selepas menanggalkan pakaiannya, lelaki itu dengan tenang berjalan-jalan di pameran dan hanya berpakaian selepas seorang pengawal keselamatan memintanya untuk berbuat demikian.

Jurucakap muzium, Klaus Pokorny pada Selasa berkata, muzium itu tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan insiden berkenaan, yang menyifatkannya sebagai “perbuatan spontan”.

Beliau berkata, pengunjung lain tidak kelihatan terganggu dengan keadaan itu.

Beliau berkata, pameran bertajukl “Nude Men” (Lelaki Bogel) yang bermula 19 Oktober lalu itu menarik seramai lebih 65,000 pengunjung, di mana kesemuanya berpakaian kecuali seorang pengunjung.

-AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon