Friday, December 07, 2012

NTV7 Bakal Siar Rancangan Realiti Terbaru Berkonsepkan Paranormal


Ntv7 akan menyiarkan rancangan realiti berkonsepkan pertandingan paranormal berjudul Panik yang dibarisi beberapa artis popular tanah air bermula 2 Januari ini.


Ntv7 melalui satu kenyataan media memberitahu, rancangan itu akan disiarkan setiap hari Rabu bermula pukul 8.30 hingga 9.30 malam di saluran berkenaan.

“Dalam rancangan ini, peserta yang terdiri daripada selebriti akan berhadapan dengan situasi yang mencabar keberanian mereka apabila mereka akan diletakkan di tempat yang dipercayai berhantu,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan, antara artis terbabit adalah Ezany Nizariff, Danny X Factor, Melia Aimelia, Ika Nabila, Marlon VIP, Anis Al Idrus, Jufry Rayyan William dan Shakilla Khoriri.

Menurut kenyataan itu, antara lokasi pengambaran rancangan terbabit adalah di muzium dan kawasan hutan yang didakwa ramai pihak sebagai berhantu dan menyeramkan.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon