Tuesday, December 04, 2012

Novel JK Rowling Bakal Didramakan Untuk TV


Novel dewasa pertama JK Rowling, The Casual Vacancy, bakal didramakan untuk TV BBC.

Karya terbaru Rowling, The Casual Vacancy 
mula dipasarkan bulan lalu.

Penulis The Harry Potter ini bakal bekerjasama berhubung adaptasi itu dan dijangka ke udara pada 2014 di BBC One.

Gambaran di sebuah bandar kecil dalam negara barat, bermula dengan kematian Barry Fairbrother yang mengejutkan orang kampung.

Dipetik BBC, Rowling berkata, beliau gembira novel itu telah ditauliah.

“Saya selalu rasa bahawa jika novel ini diadaptasi, ia sesuai untuk televisyen dan saya fikir BBC paling sesuai,” katanya.

Pengendali BBC One, Danny Cohen berkata, pihaknya teruja untuk membawa karya Rowling kepada penonton.

‘Penceritaannya sudah pasti tiada tara dalam popularitinya dan saya menantikan untuk bekerjasama dengan beliau,” katanya.

Siri itu akan dikeluarkan untuk BBC One oleh syarikat produksi bebas dengan Rick Senat sebagai penerbit eksekutif.

BBC berkata bilangan dan tempoh episod akan ditentukan sebaik proses adaptasi bermula.

Ia dijual 125,000 naskhah dalam minggu pertama di pasaran, menjadi jualan yang paling cepat di UK dalam tempoh tiga tahun dan penjualan kedua terbanyak sejak rekod bermula dalam 1998.

Lebih 450 juta naskhah bagi tujuh buku Potter telah dijual di seluruh dunia.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon