Monday, December 10, 2012

Misteri Pembunuhan Rappers Notorius Big 15 Tahun Lalu


Selepas 15 tahun, keluarga kepada penyanyi rap, mendiang Notorious B.I.G. masih menunggu-nunggu pembunuhnya dibawa ke muka pengadilan.


Namun kini, mereka menyifatkan kegagalan polis menangkap sesiapa pun yang terlibat dalam pembunuhan penyanyi rap itu pada 1997 lalu, sebagai tidak masuk akal.

Malah laporan bedah siasat yang dikeluarkan mendapati penyanyi itu atau nama asalnya, Christopher Wallace, maut akibat terkena empat das tembakan yang turut terkena di bahagian jantung dan paru-paru kiri.

Menurut peguam keluarga penyanyi berkenaan, Perry Sander Jr., mereka tidak diberikan sebarang notis mengenai pendedahan laporan berkenaan .

Perry turut mengkritik polis kerana gagal menahan individu yang terlibat dengan pembunuhan itu walaupun beliau dimaklumkan pihak berkuasa telah mengenalpasti suspek.

“Saya telah diberitahu oleh pegawai penyiasat yang bertanggungjawab dalam kes itu bahawa jenayah tersebut telah diselesaikan sejak beberapa tahun lalu.

“Jadi adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila tiada seorang suspek ditangkap sedangkan kes telah diselesaikan,’’ katanya.

Notorious B.I.G dibunuh selang beberapa bulan selepas seorang lagi bintang rap, Tupac Shakur mati ditembak di Las Vegas.

Berikutan itu, FBI telah menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada polis di Los Angeles terlibat dengan pembunuhan Notorius B.I.G.

Bagaimanapun jurucakap polis enggan memberikan sebarang komen, sebaliknya memaklumkan siasatan kes pembunuhan Notorious B.I.G masih dibuka.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon