Monday, December 03, 2012

Messi Perlu Dua Lagi Gol Untuk Bergelar Lagenda


Lionel Messi menyumbatkan dua gol ketika Barcelona membelasah Athletic Bilbao 5-1 bagi mencatat rekod terbaru dalam musim La Liga dan menjarakkan diri mereka dengan 14 mata meninggalkan pencabar terdekat, Real Madrid.


Gerard Pique meletakkan skuad Catalan itu di depan selepas 22 minit diiikuti sentuhan pantas Messi apabila bola terkena pertahanan Fernando Amorebieta di atas garisan sebelum Adriano Correia menjaringkan gol ketiga pada penghujung babak pertama.

Cesc Fabregas kemudiannya menambah derita Athletic Bilbao dengan kenduri gol dan Ibai Gomez meraih gol saguhati sebelum Messi menjaringkan gol kedua peribadi.

Barca kini meraih 13 perlawanan dan seri sekali dalam 14 perlawanan untuk mengatasi pencapaian terbaik dalam liga berprestij Sepanyol yang pernah dicatat Real Madrid pada musim 1991-92.

Messi juga hanya kekurangan satu gol untuk menyamai rekod 85 gol milik Gerd Mueller dalam tempoh setahun ketika beraksi untuk Bayern Munich dan Jerman pada 1972.

–AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon