Monday, December 10, 2012

Messi Pecahkan Rekod Lagenda Jerman Gerd Mueller


Pemain sensasi Barcelona, Lionel Messi dan ayam tambatan Atletico Madrid, Radamel Falcao sememangnya sukar disekat apabila kedua-duanya mempamerkan aksi cemerlang untuk mengukuhkan kedudukan kelab masing-masing dalam saingan Liga Sepanyol.


Messi memecahkan rekod berusia 40 tahun apabila menjaringkan gol ke-85 dan ke-86 peribadi tahun ini ketika Barcelona menundukkan Real Betis 2-1.
Falcao pula menyumbatkan lima gol ketika Atletico membelasah Deportivo La Coruna 6-0.

Messi menjaringkan gol pada minit ke-16 dan ke-25 untuk memecahkan rekod legenda Jerman, Gerd Mueller yang menjaringkan 85 gol pada 1972.

Kemenangan kelapan Barcelona membolehkan mereka menjarakkan diri di takhta liga mengatasi Atletico dengan enam mata dan 11 mata meninggalkan juara bertahan, Real Madrid.

Falcao muncul pemain pertama menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan sepanjang Liga Sepanyol di antara 2001-02.

–AP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon