Saturday, December 15, 2012

Mayat Berkecai Penyanyi Terkenal Mexico Tersebar


Keluarga kepada penyanyi terkenal Mexico, Jenni Rivera yang meninggal dunia dalam nahas pesawat, minggu lalu, kecewa kerana video mengandungi gambar serpihan badan penyanyi itu tersebar di internet.


Mereka mahu dalang yang menyebarkan video berkenaan dibawa ke muka pengadilan.

Setakat ini, dua pegawai polis Mexico telah ditangkap, dengan salah seorang daripadanya dipercayai terlibat dalam mendedahkan gambar-gambar yang dirakamkan di lokasi nahas.

Antara gambar yang didedahkan di internet ialah bahagian kaki dan kuku kaki, dipercayai milik Rivera.

“Adalah menyedihkan melihat bahagian kaki berkenaan kerana Jenni sememangnya dikenali amat menitik beratkan bahagian kakinya,’’ kata salah seorang anggota keluarganya.

Sehubungan itu, keluarga mendiang Rivera berharap dapat mengesan semua gambar yang disiarkan di internet secepat mungkin.

Rivera berusia 43 tahun dan album nyanyinya telah dijual sebanyak 20 juta di seluruh dunia, sepanjang dia bergelar penyanyi.

Dua pegawai polis itu juga dilaporkan ditangkap selepas mereka didapati mencuri barang-barang milik Rivera di lokasi kemalangan berkenaan.

Kedua-duanya masing-masing berusia 23 dan 24 tahun.

Barang-barang itu ditemui ketika rumah mereka digeledah oleh pihak berkuasa.

Saksikan videonya di YouTube.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon