Malaysia dijangka menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi dengan mencapai sasaran perkapita penduduk sebanyak AS$15,000 (RM45,637) menjelang 2018.
Sasaran itu diyakini dapat direalisasikan sebelum tempoh akhir Wawasan 2020 kerana statistik menunjukkan pendapatan perkapita penduduk negara ketika ini ialah AS$9,500 (RM28,903).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, matlamat itu dapat direalisasikan kerana kadar pertumbuhan ekonomi negara yang kekal tinggi dan peningkatan trend pelaburan sektor swasta yang konsisten.
"Malaysia mencatatkan pertumbuhan pelaburan swasta 15.5 peratus pada 2010 dan 12.2 peratus pada 2011.
"Melihat kepada perkembangan semasa, pelaburan sektor swasta mencatatkan prestasi yang baik dan kukuh, ia menunjukkan isyarat positif menjelang 2020," katanya.
-Utusan