Friday, December 28, 2012

Lokasi Yang Mempunyai Suhu Paling Melampau Di Dunia


Malaysia merupakan negara yang biasa dengan cuaca panas. Namun rupanya ada tempat-tempat terpanas di dunia ini yang memiliki suhu sangat tinggi. Di manakah ia? Huffington Post menyenaraikan sepuluh tempat paling panas dimuka bumi.

Dallol, Ethiopia


Dallol terkenal sebagai tempat paling panas didunia. Kenapa? Sebab suhu udara di sana setiap hari boleh mencapai 106 darjah Fahrenheit atau 41 darjah selsius.

Wadi Halfa, Sudan


Wadi Halfa di Sudan yang berdekatan dengan Mesir. Termasuk tempat terpanas didunia kerana suhu udara di sana mencapai 127 darjah Fahrenheit atau setara dengan 52 darjah selsius.

Death Valley, California


Lokasi ini merupakan padang gurun dengan suhu 56 darjah Celsius. Namun kemudian Badan Meteorologi Dunia memperbetulkan dan info terbaru kini Death Valley bersuhu 57 darjah selsius.

Lut Desert, Iran


Kalau di Iran, Gurun Lut adalah tempat yang ditabalkan sebagai salah satu lokasi terpanas dunia. Bayangkan saja, suhunya mencapai 70 darjah selsius.

Tirat Tsvi, Israel


Tirat Tsvi merupakan lokasi di Israel. Tempat ini disebut yang terpanas di Asia kerana memiliki suhu 129 darjah Fahrenheit atau setara dengan 53 darjah selsius.

Timbuktu, Mali


Timbuktu di Mali juga tidak kalah panasnya dengan lokasi lain. Suhunya ekitar 130 darjah Fahrenheit atau 54 darjah selsius!

Queensland, Australia


Pemerhatian tempat terpanas dunia dengan menggunakan bantuan satelit juga menyebutkan Queensland, Australia, sebagai salah satu kawasan yang paling panas. Di sini suhu udara boleh mencapai 68 darjah selsius.

Turfan, China


Turfan terletak di wilayah Xianjiang, China. Di sana sangat panas. Anda mungkin tidak boleh membayangkannya kerana suhu udara di Turfan boleh mencapai 50 darjah selsius.

Kebili, Tunisia


Di Tunisia, daerah terpanas di sana ada di Kebili. Setiap hari, suhu di Kebili mencapai 131 darjah Fahrenheit atau setara dengan 55 darjah selsius.

Ghadames, Libya


Terakhir, tempat terpanas didunia boleh ditemui di Ghadames, Libya. Sama seperti di Kebili, Ghadames memiliki suhu tertinggi setinggi 131 darjah Fahrenheit atau sama dengan 55 darjah selsius.

[Sumber}

Edited by SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon