Tuesday, December 04, 2012

Lindsay Lohan Dirayu Masuk Pusat Pemulihan


Bapa kepada pelakon Lindsay Lohan iaitu Michael Lohan mahu anak gadisnya itu memasuki semula pusat pemulihan.

Lindsay sering menimbulkan masalah 
sehingga hidupnya menjadi kelam kabut.

Michael mahu anaknya dimasukkan ke pusat itu selepas ditahan pada 29 November lalu kerana mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita di sebuah kelab di New York.

Walaupun pelakon filem Mean Girls itu telah dibebaskan tetapi Michael risaukan kehidupan anaknya yang sering ditimpa pelbagai masalah.

"Saya hanya mahu dia masuk ke pusat pemulihan dan memperbetulkan kembali hidupnya. Saya sayangkan dia," ujarnya kepada Hollywoodscoop.com.

Lindsay, 26, pertama kali dimasukkan ke pusat pemulihan pada 2007 dan semenjak itu sering kali kembali ke tempat tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Pelakon itu pernah terlibat dalam masalah dadah, memandu tanpa lesen dan memandu semasa mabuk sehingga menyebabkan kecederaan selain mengalami ketagihan alkohol.

-Mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon