Thursday, December 13, 2012

Legenda Pop Afrika Selatan Enggan Bermadu


Legenda pop Afrika Selatan, Yvonne Chaka Chaka melarang suaminya berkahwin kali kedua.

Yvonne melarang suaminya berkahwin kali kedua.

Dalam satu pengumuman kelmarin, Yvonne juga berkata, suaminya perlu menceraikannya jika mahu kahwin lagi.

Beliau yang dikenali dengan gelaran ‘Puteri Afrika’ memberi amaran itu ketika berada di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kemunculannya bersama penyanyi Puerto Rico, Ricky Martin dan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon bertujuan mendesak kerajaan di seluruh dunia menghormati hak golongan gay.

Yvonne yang mempunyai kerjaya memberangsangkan sejak dua dekad lalu menerusi hit ‘I’m Burning Up’ memberitahu wartawan bahawa suaminya, Mandlalele Mhinga, adalah putera puak Shangaan.

“Suami saya dibenarkan berkahwin tiga atau empat tetapi saya tidak akan benarkan. Dia boleh. Tetapi, jika saya ada madu, itu masalah.

“Dia tahu saya tidak akan bersetuju. Sebab itulah dia pilih untuk kahwin dengan saya. Jika dia mahu kahwin juga, selamat tinggal,” katanya.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon