Thursday, December 13, 2012

Lady Gaga Sokong Golongan LGBT Undang Kemarahan Russia


Seorang sekutu politik Presiden Russia, Vladimir Putin mengambil tindakan undang-undang terhadap penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Lady Gaga atas tuduhan mempromosi hak gay kepada golongan bawah umur dalam konsertnya, Ahad lalu.


Anggota parti pemerintah, United Russia, Vitaly Milonov, menuduh penyanyi itu melanggar undang-undang sejak awal persembahannya.

“Lagunya menyarankan remaja 12 tahun menyokong golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender),” kata Milonov mendedahkan rancangannya membuat aduan kepada pendakwa mengenai Lady Gaga.

-REUTERS

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon