Thursday, December 27, 2012

Kononnya Lions XII Punca Harimau Malaya Kecundang


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menegaskan kejayaan Singapura dan kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2012 baru-baru ini bukan berpunca daripada keputusan membenarkan Lions XII beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) bermula musim ini.


Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (gambar), merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata, perkara itu tidak sepatutnya dipersoalkan dan dijadikan alasan kerana kedua-dua pihak mendapat faedah daripada program pertukaran empat musim antara badan induk itu dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).

“Sebenarnya, perjanjian pertukaran empat musim ini (2012-2015) ini memberi faedah bersama buat Lions XII yang beraksi di Liga-M serta skuad Harimau Muda A yang beraksi di Liga-S (Liga Singapura).

“Dari segi pertandingan, saya tak anggap perkara ini wajar dijadikan alasan atau punca kekalahan skuad negara. Malah, ia bukan faktor kejayaan Singapura kerana kejayaan mereka turut dibantu dan diperkuatkan beberapa pemain naturalisasi yang bukan dari pasukan Lions XII seperti Aleksandar Duric, Mustafic Fahrudin, Daniel Bennett dan Qiu Li.

“Lagipun, mereka sebelum ini pun memang hebat di Piala Suzuki AFF kerana ini kejuaraan kali keempat mereka berbanding kita baru menang sekali,” kata Hamidin

Singapura membariskan 12 pemain Lions XII untuk membarisi skuad 22 pemain bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2012, sekali gus memberi kelebihan dari segi persefahaman kerana majoriti pemain beraksi bersama selama semusim di Liga-M yang menyaksikan Lions XII muncul naib juara Liga Super 2012.

Namun, kelebihan sama nyata tidak dimanfaatkan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang hanya menyenaraikan lima pemain dari skuad Harimau Muda A yang beraksi bersama di Liga-S serta hanya tiga pemain dari skuad juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, Kelantan sekali gus terkandas di separuh akhir apabila tewas kepada Thailand.

-Bharian

1 comment

  1. ahaha... biasa la.. nak blame sapa lagi kan.. tp aku rasa x jadi masalah hal ni.. hal tukar untuk 4 season ni.. tp as you know la kan.. nak blame sapa lagi kalau x orang lain.. hehe.. apa pun POYO semua nih..hehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon