Tuesday, December 04, 2012

Kena Kutuk Di Facebook Beri Nama Pelik Kepada Anaknya!


Gambar seorang bayi perempuan yang mempunyai nama yang disifatkan paling bodoh telah dimuatnaik dalam facebook.


Bayi itu dinamakan sebagai Hashtag Jameson, iaitu nama yang diilhamkan daripada Twitter.

Hashtag atau # adalan kata kunci atau tag yang ada pada Twitter, bertujuan memudahkan mesin pencarian seperti Google, Yahoo dan Bing.

Namun ibu bayi itu tidak menggunakan Twitter untuk mengumumkan kelahiran bayinya, sebaliknya dia menggunakan Facebook. Setakat ini tidak diketahui sama ada ia satu lawak jenaka.

Bagaimanapun ada kemungkinan besar bayi itu dinamakan sebagai hashtag..

Ramai yang kasihan kepada bayi seberat 8 paun yang dilahirkan malam tadi, yang bakal membesar dengan nama seumpama itu, dan bakal menjadi bahan ejekan ramai.

Imejnya yang disiarkan dalam Facebook itu telah tersebar di internet dan mendapat pelbagai kritikan.

Keadaannya bayi itu sama seperti yang dialami oleh seorang bayi lain yang dilahirkan tahun lepas dan dinamakan oleh ibu bapanya sebagai `Like’ yang terdapat dalam Facebook.

Pasangan Lior dan Vardit Adler itu memberi nama Like kepada anak mereka dengan anggapan ia adalah nama yang unik .

Bukan mereka sahaja yang memberi nama kepada anak-anak berdasarkan laman sosial, malah Gamal Ibrahim dari Mesir telah memanggil anak perempuannya sebagai Facebook.

Ia sebagai penghormatan kepada Facebook yang menjadi media sosial utama dalam usaha menumbangkan bekas Presiden Hosni Mubarak .

Kebangkitan itu menyaksikan Hosni disingkirkan selepas 30 tahun beliau berkuasa.

Dengan nama-nama yang dilhamkan berdasarkan media sosial ini, ramai yang bertanya, bilakan pula nama `@’ akan dinamakan oleh ibu bapa pelik ini.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon