Thursday, December 27, 2012

Jaringan Melampau Liga Inggeris Di Juarai Manchester United


Kejayaan Chelsea membelasah Aston Villa, 8-0 adalah antara perlawanan paling berat sebelah dalam Liga Perdana Inggeris. Beberapa perlawanan lain seumpamanya turut disenaraikan di sini.


Manchester United 9 Ipswich 0 - Mac 1995

Andy Cole mendahului dengan lima gol diikuti dua gol Mark Hughes serta satu gol masing-masing daripada Paul Ince dan Roy Keane menyumbang gol United ketika berdepan Ipswich yang menduduki tangga terbawah akhir musim itu.

Tottenham 9 Wigan 1 - November 2009

Penyerang Tottenham, Jermain Defoe menjaringkan lima gol manakala Aaron
Lennon, Peter Crouch, David Bentley dan Niko Kranjcar turut menjaringkan gol, biarpun dibalas oleh Paul Scharner.

Chelsea 8 Wigan 0 - Mei 2010

Skuad Carlo Ancelotti menjaringkan tujuh atau lebih gol buat kali keempat dalam musim 2009-10 sewaktu menentang Wigan, yang kehilangan pertahanan Gary Caldwell apabila dibuang padang pada setengah jam perlawanan. Tiga jaringan Didier Drogba, Nicolas Anelka (2), Salomon Kalou, Ashley Cole serta penalti Frank Lampard menjadikan Chelsea juara dan di ambang gelaran berganda Liga Perdana Inggeris dan Piala FA.

Newcastle 8 Sheffield Wednesday 0 - September 1999

Alan Shearer menjaringkan lima gol termasuk dua penalti ketika Wednesday yang berada di zon penyingkiran dibelasah di St James’ Park. Aaron Hughes turut menjaringkan gol manakala Kieron Dyer dan Gary Speed menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

Nottingham Forest 1 Man Utd 8 - Februari 1999

Ole Gunnar Solskjaer diturunkan dari bangku simpanan untuk menjaringkan empat gol dalam 10 minit terakhir perlawanan ketika membelasah Forest yang berada di tangga tercorot liga pada akhir kempen. Andy Cole dan Dwight Yorke masing-masing menjaringkan dua gol, manakala Alan Rogers sempat menyamakan kedudukan buat Forest.

-Metro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon