Thursday, December 06, 2012

Jangan Kaitkan Saya Dengan Mana-mana Parti - Catriona Ross


Jangan sesekali menggunakan nama saya untuk kepentingan politik." Demikian amaran yang diberikan pelakon cantik, Catriona Ross yang mesra disapa Cat.


Cat akhirnya membuat kenyataan itu apabila sudah tidak tahan melihat percubaan sesetengah pihak yang membabitkan dirinya dengan sebuah parti politik di pihak pembangkang.

"Saya tidak pernah masuk parti Pas. Jangan kaitkan saya dengan mereka," kata Cat lagi.

Menurut Cat, selepas bertudung, dia banyak diundang menjayakan forum atas tujuan berkongsi soal penghijrahannya.

Tetapi keadaan sebaliknya berlaku kerana sebaik sampai di tempat majlis berlangsung ada pihak lain berdegar-degar bercakap soal politik sana politik sini. Bertambah menjengkelkan apabila dia dianggap sudah mendaftar sebagai ahli parti pembangkang dan penyokong parti tersebut.

Nampaknya, banyak pihak cuba menangguk di air keruh dalam soal artis dan politik ini. Macam juga kes membabitkan pelakon Wardina Safiyyah yang memang tidak selesa kalau dirinya dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Bagi Catriona dan Wardina, muncul di khalayak adalah untuk berkongsi cerita baik dengan orang ramai, memberi motivasi ke arah kehidupan positif, bukan dengan niat berpolitik. Jadi, tak perlulah hendak menggunakan artis untuk agenda politik tak betul sebegitu lain kali ya. Tak semua artis mudah terpengaruh.

-Utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon