Monday, December 10, 2012

Iran Kutuk Amerika Selepas Ujian Nuklear Bawah Tanah


Iran mengutuk musuh ketatnya Amerika Syarikat kerana menjalankan ujian nuklear sambil berkata ia menunjukkan “ketidakprihatinan Washington terhadap pelucutan senjata sepenuhnya”, lapor laman web televsiyen kerajaan.

Gambar hiasan

Jabatan Tenaga AS berkata, ia menjalankan ujian “separakritikal” di lokasi bawah tanah di Nevada Rabu lalu bagi mengkaji tingkah laku bahan nuklear tanpa mencetuskan letupan atom. Ia adalah yang pertama sejak Februari tahun lalu.

Jurucakap Menteri Luar Iran, Ramin Mehmanparast mengutuk ujian nuklear terbaru AS itu menyifatkan ia menunjukkan “ketidakprihatinan pelucutan senjata sepenuhnya” yang menjadi tuntutan akar umbi pandangan umum antarabangsa.

-AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon