Monday, December 03, 2012

Hubungan Bebas Bukan Bermakna Saya Pelacur - Kesha


Kesha mempunyai tujuan lain berkarya dalam bidang seni iaitu untuk mengembangkan minatnya. Penyanyi berbakat ini mampu memberi keseimbangan antara lelaki dan perempuan dalam dunia muzik.


Penyanyi 25 tahun yang bermula menggerakkan dunia melalui lagu dunia Tik Tok telah dikritik masyarakat kerana dianggap memiliki hobi dengan menampilkan minuman keras dan seks bebas. Menurutnya, tidak adil bila lelaki sahaja yang layak untuk menampilkan hal itu sedangkan wanita tidak.

"Jika lelaki boleh bercakap tentang minuman keras di setiap lagu rock n roll, kenapa wanita tidak? Hanya kerana aku minum, bukan bererti aku pemabuk. Hanya kerana saya melakukan hubungan seks, bukan bererti saya seorang pelacur," jelas Kesha.

"Jika lelaki boleh buat, kenapa wanita tidak? Saya berfikiran seperti ini kerana salah satu alasan saya berada di dunia ini adalah untuk menyamakan taraf antara lelaki dan perempuan," tegas Kesha.

Penyanyi yang baru sahaja menceburi bidang pop ini menganggap dirinya adalah seorang feminis. Dia bertekad untuk menghilangkan batas-batas yang hanya boleh dilakukan oleh lelaki.

"Dalam beberapa perkara, apabila saya melakukan perkara yang lelaki lakukan, menjadi bintang rock n roll bukan perkara yang memalukan,". katanya.

Ketika ini, Kesha sedang sibuk mempromosikan album barunya iaitu Die Young di mana dia telah pun berjaya di jual dengan baik di pasaran.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon