Wednesday, December 12, 2012

Giler! Aamir Khan Mahu Bertemu Dengan Hantu Sebenar


Aamir Khan yang baru muncul dengan filem seram terbaharu lakonannya, Talaash berikrar mahu bertemu dengan hantu sebenar.

Sebuah istana lama yang terletak di bandar berhantu Bhangarh di Rajasthan, India.

Bagi merealisasikan impiannya itu, Aamir merancang untuk berkunjung ke sebuah bandar berhantu di negeri Rajasthan iaitu Bhangarh.

Menurut laporan agensi berita India, IANS, Aamir bakal sampai ke Jaipur pada pagi Khamis ini sebelum meneruskan perjalanan ke Bhangarh yang terletak 80 kilometer dari Jaipur.

Ujar sumber: "Aamir Khan sememangnya sangat teruja untuk mengunjungi Bhangarh secepat mungkin."

Menurut cerita legenda, Bhangarh merupakan sebuah bandar yang telah disumpah dan ia merupakan salah satu tempat paling berhantu di India.

-Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon