Wednesday, December 05, 2012

Gempar Kate Middleton Mengandung Selepas Lebih Setahun Berkahwin!


“A nation’s joy, a husband’s nerves,” kata akhbar Daily Mail Britain membandingkan kegusaran Putera William menanti di sisi isterinya yang hamil dengan kegembiraan yang terhasil daripada berita yang tersebar berhubung kehamilan itu.

Akhbar Britain menyediakan liputan muka depan berita Catherine hamil.

Pendedahan tentang kehamilan Duchess of Cambridge, Catherine muncul apabila isteri Putera William dimasukkan ke hospital di London semalam selepas mengalami alahan.

Akhbar melaporkan pasangan diraja itu telah berharap untuk merahsiakan dahulu berita tentang kehamilan itu sehingga Hari Krismas, apabila sudah mencapai 12 minggu.

Akhbar turut melaporkan, berita kehamilan itu juga belum dimaklumkan kepada kerabat diraja termasuk Ratu Elizabeth II.

Seperti yang dijangka, permainan nama ialah ‘hashtags trending’ terbesar di Twitter dengan #royalbabynames dan #royalbaby.

Antara cadangan nama yang menghiburkan ialah Cheryl dan Jedward, berikutan obsesi terkini dengan program bakat TV.

Twitter juga laman popular untuk para selebriti dan publik figur untuk memberi maklum balas terhadap berita itu.

“Saya gembira dengan berita bahawa Duke dan Duchess of Cambridge bakal mendapat anak. Mereka akan menjadi ibu bapa yang hebat,” kata Perdana Menteri British, David Cameron.

“Tahniah Kate Middleton dan Putera William. Saya bakal memiliki sepupu!” kata pelawak dan pengacara TV Amerika, Ellen DeGeneres.

“Awww sangat comel!! Tahniah!! Tahniah kepada Duke dan Duchess of Cambridge!! Anak diraja!! Awww sangat manis,” kata bintang realiti TV Amerika, Kim Kardashian.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon