Tuesday, December 04, 2012

Gadis Kahwin Dengan Anjing Kerana Kecewa


Seorang gadis bernama Emily Mabou, 29, bertindak berkahwin dengan seekor anjing selepas banyak kali dikecewakan lelaki ketika bercinta. Emily yang berasal dari Aburi, Togo, mengatakan, hanya pada anjing berkenaan sahaja dia melihat sifat jujur yang didambakannya selama ini.


”Saya sudah berkawan dengan ramai lelaki tetapi mereka semua sama saja. Mereka hanya inginkan hubungan seks dan suka berbohong. Anjing saya lain, dia baik, setia pada saya dan selalu menghormati saya,” jelas Emily.

Perkahwinan Emily dan anjingnya dilangsungkan oleh seorang paderi tempatan dengan dihadiri ramai kenalan serta penduduk setempat. Bagaimanapun, majlis ini tidak dihadiri ahli keluarga Emily kerana mereka menganggap perbuatan Emily tidak masuk akal.

-Plbgaimacam.blogspot.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon