Monday, December 03, 2012

Fesyen Rambut Baru Kate Middleton Bakal Jadi Ikutan


Apabila Duchess of Cambridge, Kate Middleton mempamerkan fesyen rambut terbarunya minggu ini, terdapat pelbagai pendapat mengenainya.


Bagaimanapun, sementara Kate sendiri tidak begitu yakin dengan penampilan barunya, tetapi imej baru isteri Putera William itu sudah menjadi ikutan di New York. Sebilangan salun rambut terkemuka di Manhattan dilaporkan mendapat permintaan tinggi untuk ‘sentuhan Kate Middleton’ itu apabila ramai pelanggan membawa foto anggota diraja Britain itu kepada pendandan rambut di situ.

Pengasas Salun Yarok, Mordechai Alvow yang mempunyai pelanggan seperti Melania dan Ivanka Trump berkata, telefon bimbitnya tidak berhenti berdering sejak kate mempamerkan gaya rembut barunya itu Selasa lalu.

“Saya ada terfikir mungkin penampilan barunya itu akan menjadi ikutan dan saya sangat gembira ia menjadi kenyataan,” katanya. Pendandan rambut juga menyuarakan persetujuan mereka bahawa gaya terbaru rambut Kate itu sesuai untuk semua jenis muka.

Pendandan, Gardner Edmunds dari Salun Marie Robinson berkata, fesyen rambut itu juga tidak menelan kos yang tinggi.

–DM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon