Monday, December 17, 2012

Fakta Kenapa Anda Tidak Perlu Berhenti Merokok


Fakta gila kenapa para perokok tidak perlu berhenti merokok!


-Perokok pasif lebih berbahaya daripada perokok aktif, maka untuk mengurangi risiko tersebut aktiflah merokok.

-Menghindarkan dari perbuatan jahat kerana tak pernah keluar berita orang yang membunuh, mencuri dan bergaduh sambil merokok.

-Mengurangkan risiko kematian. Dalam berita tidak pernah ditemui orang yang meninggal dalam keadaan merokok. Kalau pernah pun itu sebab diorang buat pertandingan menghisap rokok paling banyak, bodoh punya pertandingan!

-Berbuat amal kebaikan, kalau ada orang yang nak pinjam 'lighter', kita dengan segera menghulurkannya.

-Baik untuk persahabatan. Kalau bertemu kawan-kawan, segera mempelawa mereka sebatang rokok.

-Memberikan pendapatan kepada pekilang rokok dan pekerjaan kepada doktor, kedai runcit, penyeludup rokok serta pihak kastam.

-Boleh menambah suasana kedamaian/nature didalam ruang berhawa dingin dengan asapnya, sehingga seolah-olah berkabus diawal pagi.

-Menghilangkan bau wangi-wangian bagi yang alergi dengan bau perfum.

-Melatih kesabaran dan menambah semangat pantang menyerah kerana bagi pemulaan untuk merokok itu tidak mudah, batuk-batuk dan tersedak tapi tetap diteruskan (bagi yang lulus).

-Untuk indikator kesihatan; biasanya orang yang sakit dilarang merokok. Jadi yang merokok itu hanya untuk mereka yang sihat sahaja.

-Menambah kenikmatan minum petang. Hidangan kopi dan pisang goreng sungguh nikmat. Apalagi ditambah sebatang rokok, fuh..!

-Anti pencuri kerana suara perokok batuk di malam hari amat mujarab untuk menakutkan pencuri!

-Membantu watak filem jahat kerana rokok digunakan penjahat untuk menampakkan dirinya seperti orang jahat.

-Filem cowboy pasti lebih bergaya jika merokok sambil menaiki kuda.

-Sebagai pengganti alat untuk membuat lubang pada kertas jawapan OMR untuk cikgu sekolah.

-Dan yang paling menariknya, 30% manusia yang meninggal di dunia adalah perokok. 70% bukan perokok!!

[Sumber]

Edited by SP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon