Tuesday, December 11, 2012

Dua DJ Patah Semangat Terpaksa Jalani Kaunseling


Dua juruhebah Australia yang bertanggungjawab membuat panggilan palsu ke hospital yang merawat Duchess of Cambridge masih bersembunyi semalam, tetapi memberitahu majikan mereka, masing-masing ingin membuat permohonan maaf secara terbuka.


Michael Christian (kiri) dan MEL Greig yang bertanggungjawab 
membuat panggilan palsu ke hospital yang merawat Duchess of Cambridge.

Rakan kepada bekas model, Mel Greig berkata, juruhebah itu ‘amat tertekan’ dan menjalani ‘kaunseling psikologi secara intensif’ bersama rakan sejawatnya, Michael Christian.

Hari ini (semalam) ketua mereka di Southern Cross Austereo berkata, kematian jururawat yang menjawab panggilan itu ‘tidak dijangka dan sangat dikesali’ menegaskan ‘tindakan segera’ sedang diambil.

Dua juruhebah terbabit akan memberi kenyataan kepada polis tempatan selepas permintaan daripada polis London kepada rakan sejawat mereka di New South Wales. Syarikat yang memiliki stesen radio itu berkata, mereka telah menyuarakan hasrat untuk membuat kenyataan kepada media.

Jurucakap Southern Cross Austereo berkata: “kami belum dapat memastikan bila mereka sudah bersedia untuk memberi kenyataan kepada media dan bagaimana kami akan melakukannya, tetapi mereka memang mahu berbuat demikian.

“Mereka masih berdiam diri saat ini dan kami sangat prihatin dengan keadaan mereka,” katanya.

Jururawat yang ditipu, Jacintha Saldanha, 46, ibu kedapa dua anak ditemui mati Jumaat lalu di kediaman kakitangan dekat hospital, tempat Kate Middleton, 30, dirawat kerana alahan kehamilan yang teruk.

Walaupun juruhebah terbabit kelihatan tidak melanggar undang-undang, tetapi mereka bakal disoal siasat polis. Scotland Yard sedang menyiapkan laporan mengenai kematian Jacintha dan memerlukan kenyataan mereka.

Timbalan Komisioner Polis New South Wales, Nick Kaldas mengesahkan mengenai siasatan itu sambil berkata: “Belum dibuktikan lagi wujudnya salah laku dan mereka sebenarnya belum membuat sebarang permintaan.

“Mereka belum menghubungi kami, memberitahu hasrat mereka dan akan menghubungi kami semula jika mahu sesuatu dilakukan,” katanya kepada Sky. “Belum ada apa-apa permintaan lagi,” katanya.

Ketua radio stesen Sydney 2Day FM merayu simpati untuk juruhebah rancangan pagi itu ketika mereka diboikot oleh pengiklan yang tidak mahu bersekongkol dengan kelucuan mereka.

Pegawai Perhubungan Awam stesen radio itu, Sandy Kaye berkata: “Kami sangat bimbang dengan keadaan kakitangan kami yang berbakat. Mereka benar-benar tertekan. Mel bagaikan tidak bersemangat dan dia memang seorang yang mudah patah semangat.

-DM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon