Monday, December 10, 2012

Diana Danielle Nafi Mengandung Anak Luar Nikah!


Cerita mengenai artis wanita, Diana Danielle yang bunting pelamin selepas baru 16 hari bernikah masih lagi tidak berhenti dari menjadi perbualan hangat orang ramai.


Diana yang bernikah dengan pelakon lelaki, Farid Kamil selamat diijab kabul pada 3 November lalu dan baru sahaja selesai dengan majlis resepsi sebelah perempuan baru-baru ini.

Walaupun Diana dilihat semakin bahagia dengan suami tercinta, cerita dia hamil sebelum bernikah sedikit sebanyak membuatkan dia kecewa dan merasa tertekan.

Bagi Diana, sudah puas dia menafikan cerita itu tetapi dia tahu ramai yang lebih mempercayai cerita yang dibuat-buat dari perkara sebenar.

Justeru, Diana berkata, dia tidak mampu untuk menutup mulut semua orang yang bercerita mengenai kehamilannya.

“Kalau saya nafikan sekali pun, orang akan tetap bercakap, seperti mana yang mereka fikirkan. Mereka tidak percaya apa yang saya jelaskan, sebaliknya lebih mempercayai spekulasi.

“Jadi cakaplah selagi mereka belum puas. Saya tak mampu nak tutup mulut semua orang,” kata Diana yang dipetik dari laporan BiPop, sisipan Mingguan Malaysia semalam.

Bukan itu sahaja, keputusan untuk Diana dan Farid bernikah dalam masa yang terlalu singkat juga menimbulkan cerita yang tidak enak.

Dikatakan Diana sudah hamil terlebih dahulu dan tindakan bernikah itu dilakukan untuk menutupkan aib mereka berdua.

Tetapi, berita dia hamil selepas baru sahaja berkahwin diterima sepenuhnya oleh Diana sebagai rezeki dari Allah S.W.T.

“Apabila kami mempercepatkan pernikahan dan membuat pengumuman mengenainya, ramai pula yang tak puas hati. Mereka beranggapan macam ada sesuatu. Orang berkata kononnya usia kandungan saya lebih lama daripada tempoh pernikahan.

“Orang mempersoal baru 16 hari nikah takkan dah bunting pelamin? Tapi apabila Allah beri kami rezeki yang saya dan Farid sendiri tak jangka, takkan nak menolak? Biarlah orang nak bercakap apa sahaja,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Fasha Sanda yang bernikah dengan Jejai juga turut dikaitkan dengan cerita mahu berkahwin selepas mengandung.

Namun, cerita itu dinafikan oleh Fasha sendiri dan mengakui dia bunting pelamin.

-Mynewshub

1 comment

  1. Dalam rancangan walimatulurus Diana dan Farid,,nurfazura ada terlepas cakap..."lagipun shes expecting������" means pregnant 16 days?? Cannot be....ridiculous!!

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon