Tuesday, December 25, 2012

Di Halang Menaiki Kapal Terbang Kerana Terlalu Gemuk


Peristiwa yang berlaku pada Mei tahun ini telah menjadi satu berita hangat apabila Kenlie Tiggeman telah melalui pengalaman pahit apabila pihak agen di pintu pagar bagi penerbangan Southwest telah memberitahunya yang dia 'terlalu gemuk' untuk menaiki penerbangan itu dan kejadian itu menyebabkan Kenlie mengambil tindakan menyaman penerbangan itu.


Penerbangan Southwest sebenarnya mempunyai polisi 'Customers of Size' yang mana memerlukan para penumpang yang merasakan diri mereka tidak dapat muat pada satu kerusi selebar 17 inci dalam penerbangan mereka yakni 'terlebih gemuk' perlu membeli satu lagi kerusi.


Menurut Kenlie, dia mahu satu standard industri diletakkan pada risalah-risalah tentang keperluan membeli kerusi kedua termasuk peraturan tentang masalah itu dan bukannya membiarkan kuasa menentukan pembelian kerusi kedua itu diberikan kepada atendan-atendan di pintu pagar semata-mata.

-SP

1 comment

  1. salam, bro
    apa khabar!!

    saya admin dari http://dhanian.blogspot.com

    oke straight to the point. saya sekerang fikir nak buat famous blogger list dalam website saya, so saya nak bagi request kat bloggger2 terkenal dan activ di malaysia untuk blog link exchange dengan blog saya..

    kalau kak seteju dengan cadangan saya reply me....

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon