Wednesday, December 05, 2012

Bekas Jurusolek Amy Mastura Mati di Bunuh


Seorang jurusolek telah ditemui mati dalam keadaan tangan dan kakinya terikat.


Menurut sumber-sumber, Othman Hassan, 52, atau lebih dikenali dengan nama Dicky, dipercayai diikat untuk satu tujuan lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kanan Datuk Ku Chin Wah ketika ditemui berkata, polis kini sedang mencari seorang lelaki yang merupakan kenalan mangsa kerana tiada tanda-tanda pintu rumah mangsa itu dipecah masuk.

Beliau tidak menolak kemungkinan orang yang dicari polis itu adalah seorang yang sangat rapat dengan mangsa dan dikenali mangsa.

Mayat Dicky ditemui oleh saudara lelakinya sendiri pada jam 8 malam Selasa iaitu dipercayai 24 jam selepas kematiannya.

Mangsa dipercayai mati akibat kelemasan selepas mulutnya disumbat dengan secebis pakaian.

Siasatan awal mendapati, komputer riba dan telefon bimbit mangsa telah hilang.

-Mstar.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon