Monday, December 10, 2012

Bapa Sangka Tiada Peluru Tertembak Anak


Seorang lelaki secara tidak sengaja tertembak anak lelakinya berusia tujuh tahun, ketika masuk ke dalam sebuah trak.


Pihak polis berkata, tragedi itu berlaku di East Lackawannock Township, kira-kira 100 kilometer di utara Pittsburgh, Pennsylvania.

Menurut kenyataan Polis Negeri Pennsylvania, suspek itu dikenal pasti sebagai Yusuf Loughrey, 44, dan anaknya, Craig, yang terkena tembakan di dada.

Loughrey dan anaknya kembali ke trak selepas melawat kedai pistol “Twigs Reloading Den”.

Sementara itu, bapa itu memberitahu polis, dia sudah mengosongkan kelongsong peluru pistol itu namun tidak sedar masih terdapat peluru di dalamnya.

–AFP

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon