Friday, December 07, 2012

Bank Di Malaysia Kena Tipu RM25 Juta


Sebuah bank kerugian RM25 juta akibat konspirasi membabitkan syarikat pengeluar roti dengan anak syarikat kepada sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) bagi memohon pinjaman bank untuk menjalankan satu projek makanan yang sebenarnya tidak wujud.


Konspirasi berkenaan hanya terbongkar selepas sebuah firma audit menemukan transaksi kewangan meragukan sehingga gagal membuat kesimpulan audit baru-baru ini.

Semakan bank berkenaan mendapati dokumen-dokumen tuntutan seperti invois, resit pembelian dan dokumen pesanan dikemukakan adalah palsu.

Siasatan turut menemukan tuntutan pinjaman dibuat kononnya untuk membeli bahan mentah bagi pelaksanaan projek berkenaan juga tidak pernah berlaku.

Menurut sumber, dianggarkan hampir 40 kali pembayaran telah dibuat pihak bank berjumlah hampir RM25 juta melibatkan dua syarikat terbabit.

-Utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon