Monday, December 24, 2012

Alex Ferguson Teruja Jika Ronaldo Kembali Ke MU


Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengakui yang beliau tidak meletak sebarang harapan akan mendapat semula penyerang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo.


Ferguson yakin bekas pemain bintang United itu tidak akan dilepaskan dengan mudah sekiranya dia berhasrat untuk meninggalkan kelab gergasi Sepanyol tersebut.

Begitupun, Ferguson mendedahkan yang beliau teruja sekiranya ada peluang untuk mendapatkan khidmat Ronaldo.

Pemain Portugal berusia 27 tahun itu merupakan anak didik pengendali Scotland tersebut ketika dia beraksi dengan skuad The Red Devils dalam Liga Perdana England.

Ronaldo akan berkunjung ke Old Trafford buat pertama kali sejak meninggalkan United pada 2009 bagi menghadapi aksi kalah mati Liga Juara-Juara, Februari depan.

Sebelum ini pemain pertahanan United, Patrice Evra mengajak bintang Portugal itu kembali beraksi di England tetapi Ferguson tidak pasti Ronaldo akan bersetuju.

"Pada pendapat saya, perkara itu tidak akan terjadi. Sejujurnya, memang saya mahukan Ronaldo kembali bersama United.

"United terpaksa membayar dengan harga yang mahal seki- ranya mahu mendapatkan semula Ronaldo daripada Real.

"Saya yakin Real tidak akan sesekali menjual tonggak utamanya kepada kami.

"Namun, kami tidak tahu apa yang akan berlaku. Saya tidak mengetahui bila kontraknya akan tamat atau ke mana hala tuju Ronaldo selepas itu.

"Apa yang pasti, saya berharap dia akan memilih United," ujar Ferguson.

-Agensi

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon