Sunday, November 11, 2012

Wow! Anne Ngasri Nikah Hujung Tahun Ni


Walaupun masih lagi baru memutuskan hubungan percintaannya dengan penyanyi dari Singapura, pelakon wanita, Anne Ngasri dikhabarkan sudah pun mengikat tali pertunangan hari ini.


Menurut laporan akhbar BPop hari ini, Anne sendiri mengakui yang dia sudah pun menjadi tunangan orang.

Namun, identiti lelaki yang sudah pun menjadi tunangnya masih lagi dirahsiakan.

Dikhabarkan juga lelaki pilihan hati Anne itu adalah ahli politik dan hubungan cinta mereka direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

“Majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami saja.

“Cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang,” kata Anne.

Mengikat tali pertunangan dalam masa yang singkat, Anne juga memaklumkan bakal bernikah pada bulan Disember nanti. Sekiranya rancangan pernikahannya menjadi, Anne akan mengumumkan kepada pihak media tentang hari bahagia yang bakal tiba itu.

“Kami bertunang pada 11 November dan Insya-Allah nak kawin nanti, saya akan undang rakan media untuk meraikan hari bahagia saya bersama-sama.

“Kalau tiada aral, Disember ini menjadi pilihan kami untuk bernikah,” kata Anne.

Sebelum ini, Anne pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Tetapi, perkahwinannya itu tidak mampu bertahan lama dan berakhir dengan perceraian.

Tidak lama selepas itu, Anne membuka pintu hatinya semula kepada penyanyi, Aliff Aziz. Pun begitu, hubungan cintanya dengan Aliff juga tidak mampu bertahan dan telah berakhir baru-baru ini.

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon